Pengarah Tourism Malaysia Sarawak, Noriah Jaafar melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkata, pihaknya sentiasa membentuk kerjasama dengan kementerian lain bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan di setiap kawasan pelancongan.<br /><br />Jelasnya, setiap kementerian mempunyai peruntukan tersendiri yang boleh digunakan untuk menaik taraf, atau membangunkan sesebuah kawasan mengikut pelan pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan.
